Kenali Lebih Dekat Pokok Tembikai

Pokok tembikai, atau nama saintifiknya Citrullus lanatus, merupakan tanaman yang sangat popular di Malaysia kerana buahnya yang manis, menyegarkan, dan kaya dengan kandungan air. Bagi kebanyakan kita, tembikai hanyalah sejenis buah yang sering dinikmati ketika cuaca panas atau dijadikan pencuci mulut. Namun, tahukah anda bahawa pokok tembikai mempunyai keunikan tersendiri dari segi pertumbuhan, struktur daun, sistem akar, dan cara penjagaannya? Artikel ini akan membawa anda mengenali dengan lebih dekat pokok tembikai, daripada benih hingga menjadi buah yang ranum dan sedia dituai.

Dengan memahami pokok tembikai secara menyeluruh, kita bukan sahaja dapat menanamnya sendiri dengan lebih yakin, malah dapat memaksimumkan hasil tuaian serta menjaga kesihatan tanah.

Artikel ini sangat sesuai untuk para pekebun amatur, pencinta tumbuhan, mahupun sesiapa sahaja yang ingin tahu bagaimana tumbuhan tropika ini membesar dan menghasilkan buah yang sedap dinikmati.

Teruskan membaca untuk mengetahui rahsia tumbesaran pokok tembikai, jenis-jenisnya, serta petua penting dalam penjagaannya. Mungkin selepas ini, anda akan terinspirasi untuk mencuba menanamnya sendiri di laman rumah!

Ciri Pokok

Ada beberapa ciri yang boleh anda tengok pada buah yang punya rasa manis ni. Berikut ni beberapa ciri pokok dari buah tembikai.

1. Pokok

Tembikai adalah sejnis tanaman menjalar yang mempunyai batang herba dan tendril bercabang. Pengakarannya cetek (40-50cm) dan meluas (60- 90cm). Batangnnya berbulu, bulat atau bersegi.

2. Daun

Pokok tembikai daun yang berbentuk bujur, ada yang lebih lebar di mercu daun, panjangnya 10 – 20 cm dan bercuping dalam.

3. Bunga

Pokok tembikai adalah monosieus iaitu mempunyai bunga jantan dan bunga betina pada pokok yang sama. Bunganya berwarna kuning belerang dan lebar bunga ialah 1.5-2.0 cm. Terdapat juga jenis yang mempunyai bunga hermafrodit.

Bunganya terdapat di celah daun dan pendebungaan biasannya dilakukan oleh serangga. Waktu bunga mula berkembang jam 7.30 pagi dan jam 10.00 pagi. Jenis-jenis serangga utama pendebunggaan tembilai ialah labah madu, lebih tualang dan semut. Rumpai kelulut juga menolong pendebungaan.

4. Buah

Buah tembikai berbentuk bulat, bujur bulat atau bujur. la mempunyai kulit yang licin. Berat buah berbeza mengikut jenis. Biasanya buah tembikai mempunyai kulit luar yang kuat, lapisan di bawah kulit ialah setebal 0.5 cm dan juga bahagian isi yang boleh dimakan. Biji di dapati terbenam di dalam bahagian isi buah.

Buah Tembikai
Buah Tembikai

Warna kulitnya berbeza dari hijau muda hingga kehijau dua serat atau berbelang. Isinya berwarna kuning atau merah. Bijinya kecil berukurang 5 – 15mm panjang, berwarna putih/ hitam. Ada juga jenis tembikai yang tidak berbiji atau bijididapati terbuang di dalam buah.

Jenis Tembikai

Ada beberapa jenis tembikai yang boleh anda temui di pasaran Malaysia. Berikut ni beberapa jenis tembikai yang popular di pasaran Malaysia:

  • Tembikai Merah
  • Tembikai Kuning
  • Tembikai Tanpa Biji (Seedless Watermelon)
  • Tembikai Susu
  • Tembikai Mini / Baby Watermelon
  • Tembikai Wangi (Cantaloupe / Rock Melon)

Untuk ketahui maklumat lebih lengkap tentang ni semua, sila anda baca artikel kami berikut ni: 6 Jenis Tembikai Paling Manis di Malaysia

Cara Pilih Tembikai Manis

Seringkali dalam membeli buah tembikai kita tertitu dengan luaran yang mulus namun rasanya tidak manis. Untuk menghidari itu semua, kali ini kami nak kongsikan beberapa cara dalam memilih tembikai yang punya rasa manis.

  • Periksa Tanda Tompok Kuning (Field Spot)
    • Pilih tembikai yang ada tompok kuning pekat atau oren kekuningan. Ini menandakan buah tersebut masak sepenuhnya di ladang.
  • Tengok Corak Jalur atau Garisan
    • Jalur yang tebal dan berjalur tajam menunjukkan buah yang sihat dan matang dengan baik.
  • Guna Teknik “Ketuk” untuk Dengar Bunyi
    • Elakkan buah yang bunyinya tumpul atau berat, kerana itu tanda isi buah mungkin terlalu lembik atau sudah tua.
  • Pilih yang Punya Tapak Kecil
  • Pilih Buah yang Berat
  • Periksa Bahagian Tangkai (Stem)
    •  tembikai yang manis biasanya punya tangkai yang curly.
  • Perhatikan Bentuk Buah
    • Pilih tembikai yang bentuknya bulat sempurna atau oval rata, tanpa benjolan pelik.
  • Cari Tanda-Tanda Gula (Sugar Webbing)
    • Ini adalah urat-urat kasar berwarna coklat atau kekuningan pada kulit tembikai.
  • Elakkan Buah yang Ada Kesan Luka, Lembik atau Tompok Lembap

Untuk ketahui secara lengkap macam mana cara memilih tembikai manis, sila anda baca artikel berikut ni: Panduan Cara Pilih Tembikai Manis dengan Mudah

Khasiat Tembikai

Ramai orang tahu kesegaran buah tembikai namun tak tahu apa sahaja khasiat yang ada didalamnya. Perlu anda ketahui, khasiat tembikai ni sangat bagus untuk badan kita. Berikut ni senarai khasiat tembikai untuk kesihatan yang perlu anda ketahui:

  • Pelepas Dahaga yang Alami
  • Menjaga Kesehatan Jantung
  • Memperkuat Tulang dan Gigi
  • Menyehatkan Kulit
  • Mengurangi Tekanan Darah
  • Menyediakan Antioksidan
  • Meningkatkan Kinerja Otak
  • Menjaga Berat Badan Ideal
  • Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
  • Membantu Pemulihan Setelah Olahraga

Untuk ketahui maklumat lebih lengkap mengenai ini, sila anda baca artikel kami berikut: 9+ Khasiat Tembikai yang Sehat dan Menyegarkan

Keburukan Buah Tembikai

Dalam hal apapun, bila kita mengambil sesuatu secara berlebih akan berdampak buruk bagi kita. Buah tembikai meskipun punya banyak khasiat, namun apabila kita terlalu banyak makan buah ini akan memunculkan beberapa gangguan pada tubuh kita. Berikut ni beberapa keburukan buah tembikai apabila di makan secara berlebih:

  • Masalah pada Penghadaman
  • Sakit di Bahagian Ulu Hati
  • Jangkitan Bakteria
  • Peningkatan Paras Gula Dalam Darah
  • Kerap Buang Air Kecil
  • Reaksi alergi
  • Perubahan Warna Kulit

Untuk ketahui maklumat lengkap tentang ini, sila anda baca artikel kami berikut: 7 Keburukan Buah Tembikai Apabila Dimakan Secara Berlebih

Cara Tanam Tembikai

Dalam penanaman tembikai, terdapat banyak langkah yang harus dilakukan. Berikut ni beberapa hal yang perlu anda perhatikan semasa menanam tembikai ni.

  • Persediaan Awal
    • Varieti Tembikai yang Sesuai
    • Keperluan Asas Tanaman Tembikai
  • Amalan Kultur
    • Pemilihan dan Penyediaan Kawasan
    • Membuat Batas dan Lubang Tanaman
    • Penanaman
    • Pengurusan Jalar
    • Pendebungaan Berbantu
    • Pembajaan
    • Pengurusan Air
  • Pengurusan Perosak dan Penyakit
  • Kematangan dan Pengutipan Hasil
  • Pengendalian Lepas Tuai

Untuk ketahui maklumat lengkap tentang ini, sila anda baca artikel kami berikut: Panduan Lengkap Cara Tanam Tembikai dengan Mudah


Setelah mengenali dengan lebih dekat pokok tembikai, kita dapat memahami bahawa tanaman ini bukan sekadar penghasil buah yang manis dan menyegarkan, malah ia juga merupakan satu ciptaan alam yang menakjubkan. Setiap bahagian pokok tembikai memainkan peranan penting dalam memastikan pertumbuhan yang sihat dan hasil buah yang berkualiti.

Dengan pengetahuan asas tentang cara ia tumbuh, jenis-jenis tembikai yang ada, serta keperluan cahaya, air dan nutrien, anda kini lebih bersedia untuk menghargai keunikan pokok ini, sama ada sebagai penanam, pencinta tumbuhan, atau pengguna yang ingin lebih tahu tentang sumber makanan harian.

Pokok tembikai membuktikan bahawa alam semula jadi penuh dengan keajaiban yang boleh kita pelajari dan manfaatkan. Jadi, jangan ragu untuk terus mendalami ilmu pertanian atau mencuba menanamnya sendiri di rumah. Siapa tahu, hobi ini bukan sahaja memberi kepuasan batin, tetapi juga boleh menjadi sumber rezeki dan gaya hidup lestari. Terima kasih kerana membaca, dan semoga anda lebih menghargai keindahan serta potensi pokok tembikai selepas ini.