Jenis Buah Manggis yang Popular di Malaysia

Halo semua! Adakah kalian tahu ada berapa jenis manggis? Kali ini kami nak beritahu pada anda jenis buah manggis yang popluar di negara ni. Di Malaysia dan banyak negara Asia Tenggara lain, pokok manggis banyak ditanam dan buah yang manis sangat disukai. Manggis mempunyai kulit luar yang tebal berwarna ungu gelap dan isi putih yang manis dan sedikit masam. Ia juga mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ramai orang tahu manggis, tetapi tidak ramai yang tahu bahawa terdapat banyak jenis atau varieti yang berbeza bergantung pada bentuk buah.

Artikel ini akan membincangkan dengan lebih mendalam pelbagai nama jenis manggis terbaik yang tersedia untuk dibeli, termasuk ciri-ciri yang membezakan setiap jenisnya.

Senarai Kandungan

Manggis Mesta (GA2)

Manggis Mesta dengan kod pendaftaran GA2, merupakan varieti manggis klon unggul yang telah dibangunkan oleh pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Varieti ini diperkenalkan kepada umum bagi meningkatkan pengeluaran buah manggis berkualiti tinggi serta memberikan pulangan ekonomi lebih baik kepada para petani.

Jenis manggis ini ialah hasil daripada pemilihan dan pembiakan vegetatif pokok manggis tempatan yang menunjukkan ciri-ciri agronomi terbaik. Jenis Buah Manggis ‘Varieti Mesta’ ini memang berasal di Pahang (Khususnya kawasan sepanjang Sungai Pahang) dekat Temerloh didaftarkan pada tahun 1993.

Ciri-Ciri Pokok Mesta

  • Pokok manggis Mesta mempunyai kadar pertumbuhan yang sederhana, sesuai untuk ditanam di kebun berskala sederhana hingga besar.
  • Struktur dahan dan daun pokok lebih seimbang, memudahkan kerja penyelenggaraan dan penuaian.
  • Lebih tahan terhadap penyakit biasa yang menyerang manggis berbanding varieti konvensional.

Ciri-Ciri:

  • Bentuk, warna dan isi seperti buah manggis namun lebih besar berbanding manggis biasa (± 100g)
  • Kulit buah nipis, berwarna ungu pekat, lebih licin
  • Berasal dari Pahang (Terutama Daerah Temerloh)
  • Pokoknya lebih kecil dan rendah
  • Buah mesta berbentuk ‘ovate’ – Lihat foto diatas
  • Isi yang putih, manis, gebu dan kurang berjus 
  • Kurang getah berbanding manggis
  • Kurang biji atau tiada biji
  • Susunan ulas yang hampir sekata (biasanya 6 ulas)
  • Tekstur isi halus dan agak kering (kurang berjus)

Ciri Daun:

  • Bentuk daun adalah Eliptik
  • Bentuk sudut pangkal daun ‘Obtuse’
  • Bentuk apex daun adalah ‘Aakuminat’
  • Daun melengkung (strongly concave)
  • Urat daun lateral jelas ia timbul
  • Jarak antara urat daun lateral rapat
  • Saiz lebih kecil dari daun manggis
Infographic Perbezaan Manggis Mesta dan Manggis Tempatan
Infographic Perbezaan Manggis Mesta dan Manggis Tempatan | Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia

Manggis Tempatan

Manggis (Garcinia mangostana) ialah sejenis buah tropika yang sangat popular di Malaysia kerana rasa manisnya yang unik dan kandungan nutrisinya yang tinggi. Di Malaysia, manggis telah lama ditanam secara tradisional oleh pekebun kecil di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Walaupun terdapat varieti klon moden seperti Mesta (GA2), kebanyakan manggis yang terdapat di pasaran masih berasal daripada jenis tempatan, yang diwarisi turun-temurun.

Jenis pokok manggis Tempatan yang belum didaftarkan ini belum dapat dibezakan dengan manggis varieti GA1 dari segi penciriannya kerana ia merupakan varieti yang paling banyak ditanam.

Ciri-Ciri:

  • Nama lain adalah ‘Manggis Kampung’
  • Pokok lebih tinggi dan besar berbanding mesta (boleh mencapai 10-15 meter jika tidak dikawal)
  • Buah berbentuk bulat atau bulat leper (60-80 gram)
  • Benyak getah dan ini sebabkan risiko Gamosis
  • Isi putih, manis dan berjus
  • Kulit tebal berwarna ungu tua atau kehitaman
  • Buahnya adalah bergetah
  • Terdapat isi 5-6 ulas dan mempunyai biji
  • Susunan ulas tidak sekata (1-2 ulas saiz besar)
  • Tekstur halus dan berjus

Ciri Daun:

  • Bentuk daun adalah ‘Eliptik’
  • Sudut pangkal daun (induk) – bentuk rounded
  • Bentuk apex daun adalah ‘Akuminat’ 
  • Daun lebih besar berbanding mesta
  • Permukaan atas daun ada ‘blistering’ iaitu cembung antara urat daun lateral
  • Kehadiran antosianin pada petiol
  • Daun sama berkilat seperti mesta

Manggis adalah salah satu buah tropika yang paling terkenal dan digemari kerana pelbagai manfaat kesihatan yang luar biasa. Setiap jenis manggis mempunyai bentuk, saiz, rasa dan ketahanannya terhadap cuaca. Dengan mengenali dua jenis manggis di Malaysia dan Asia Tenggara, kita dapat lebih menghargai keistimewaan buah ini, terutamanya dalam usaha untuk memelihara dan memajukan sektor pertanian tempatan.

Pemakanan sihat dan sumber semula jadi semakin penting dalam dunia hari ini, jadi masukkan buah manggis ke dalam diet harian adalah idea yang baik. Buah ini bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja, tetapi ia juga boleh dibuat menjadi jus, jem, atau komponen lain dalam produk kesihatan moden dan tradisional.

Semoga perkongsian ini meningkatkan pengetahuan anda tentang pelbagai jenis buah manggis dan membantu anda membuat keputusan yang lebih baik apabila membuat keputusan untuk membeli atau menanam buah-buahan ini. Teruskan menyokong hasil pertanian tempatan dan hargai kekayaan alam semula jadi yang kaya, yang berfaedah kepada kesihatan kita semua.